2012年6月9日土曜日

Missing A Piece of Life

Missing homes,
Missing families,
Missing teachers,
Missing old friends,
Missing everything cause i am here for almost a year....

is that great???

think and think,
how to miss Him like missing them?
how to miss Rasulullah like missing other people??

Allah,
 malu
.malu.
and malu.

Sayang.

i love my families
i love my teachers
i love my friends
i love my things
i love to eat

but..

i wonder how to love Him and His Messenger.

hti masih lemah.perlu banyak makan vitamin.

vitamin hati=?

2012年5月29日火曜日

Hari Ini

生活越来越好,
钱越来越多,
汽车越来越大,
可是为什么?
我们越来越不幸福,
每天吃了饭就去上班,
下了班就回家睡觉,
生活除了吃饭,上班,睡觉以外,
没有别的东西,
所以我们越来越不快乐。

Hari ini,
belajar pasal benda ni.
nak tahu apa maksudnya?
mari saya bagitahu,

hidup semakin hari semakin bagus,
duit semakin lama semakin banyak,
kenderaan semakin lama semakin besar,
tapi, mengapa?
kita semakin lama semakin tak bahagia,
setiap hari selepas makan kita terus pergi kerja,
lepas habis kerja terus balik rumah tidur,
hidup ini hanya untuk, makan,bekerja dan tidur,
tiada perkara lain,
kesimpulannya, kita semakin lama semakin tidak seronok.

masih x faham?
kita baca pulak dalam english, ok?

 as far as we concern our life is getting better and better,
as far as we concern the money is getting more and more,
as far as we concern the vehicles are getting bigger and bigger,
but, why?
as far as we concern we are not feeling the joy of life,
everyday after eat we go to work,
after the work is finished we go home sleep,
the life besides eating,working and sleeping,
have nothing else,
so we are not happy.

which means, life have no meaning
bermaksud hidup ini sia2x.

then, my teacher asked me,

"Meilan (my chinese name), your parents believe in what?"

ketar, takut tetiba datang.
macammana nak cakap ney?

" Kami orang Islam percaya pada Allah"

"  Patutlah kamu bahagia"

err...kami borak dalam Mandarin so jangan rasa pelik ya. saya terus translate.

menurut my teacher, orang China sekarang sedang mencari-cari apa erti hidup mereka.
mengapa mereka hidup

adakah kerana duit?
adakah kerana kerja?

mungkin kerana mereka letih hidup sebegini.
hidup seperti robot.

lepas habis cakap mcm tue, rasa terpanggil-panggil nak dakwah laoshi (teacher)
tapi hati x kuat.

doakan kedatangan kami di dunia China mampu meramaikan penghuni syurga ya?

" Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan"

2012年5月24日木曜日

Keluarga Imran - Imran's Family ( part 1)



    Semasa masih remaja puteri bercita-cita beroleh anak, sampai tua dan beruban belum juga dianugerahi Allah seorang anak pun. Cita cita untuk beroleh anak inilah yang selalu menggoda ketenangan hati dan kebahagiaan hidup perempuan tua yang kita ceritakan ini, iaitu isteri Imran.

    Lebih lebih ketika matanya menuju memandang burung burung yang dengan riang gembira berterbangan ke sana ke mari dengan anak anaknya, berkicauan dan bersiul siul, berebut ulat dan buah buahan. Demikian pula perempuan tua mi melihat perempuan perempuan lain sedang menggendong dan membuaikan anak anak bayi mereka, membelai dan menyanyikan anak yang menjadi buahati mereka, dengan kasihsayang dan kegembiraan penuh. Apalagi melihat anak anak orang yang sudah besar besar, datang dan pergi bila dipanggil dan disuruh ibu bapaknya. Sedang perempuan tua ini hidup sebatang kara hanya dengan suami yang sudah tua dan sepi, kerana tidak seorang anak pun yang berada di samping keduanya untuk memecahkan kesepian hidupnya itu. 

     Siang menjadi angan angan, malam menjadi buah mimpi, sehingga sudi dan rela hatinya mengorbankan apa saja yang ada padanya asal saja dia dapat beroleh seorang anak yang terdiri dari darah dan dagingnya sendiri. Anak, sekali lagi anak dan seterusnya anaklah yang menjadi impian dan idamannya sepanjang masa. 

     Siang berganti malam, hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan sudah berpuluh puluh tahun konon lamanya, cita cita ini tetap menjadi cita cita saja, namun dia belum juga beroleh yang dicitakannya itu. Hatinya mulai kesal, rasa putusasa mulai bertunas dalam kalbunya, kerana umur yang dicapainya ini rasanya tidak memungkinkan lagi untuk beroleh anak, fikirnya. 
Tidaklah bererti bahawa cita citanya itu telah padam. Tidak, malah bertambah hebat dan bernyala nyala juga. Akhirnya dia menghadapkan muka dan seluruh jiwaraganya kepada Allah Yang Maha Kuasa, yang menjadikan langit dan bumi. Berdoalah dia dengan khusyu dan khudhu agar kiranya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pengasih, yang mendengar segala doa yang sanggup membuat apa kehendakNya, mengurniainya jua dengan seorang anak. 
Untuk menguatkan doanya ini, ia bernazar, berjanji kepada Allah tempat dia meminta itu, bahawa bila doanya mi terkabul, maka anak yang akan diperolehinya itu, akan didermakannya bulat bulat tanpa syarat untuk Rumah Suci Baitul Maqdis, sebagai abdi Allah dan pengawal Rumah Suci itu. Tidak akan dipekerjakan, selain untuk mengabdikan diri dan menyembah Allah semata di tempat. suci itu. 

     Allah mendengar dan mengabulkan doa perempuan tua itu. Perempuan tua itu mulai merasakan sesuatu yang bergerak dalam rahimnya. 

     Bukan main girang dan senang hatinya. Dunia yang mulanya gelap gelita dan lapuk dalam pemandangannya, kembali menjadi terang dan muda dalam pandangannya, penuh dengan cahaya terang benderang. Hilang rasanya segala pandangan gelap dan kegelisahan hati selama itu. 
Duduklah dia di samping suaminya (Imran) dan menerangkan apa yang terasa dalam kandungannya itu. Dan mata suaminya yang sudah tua itu terpancarlah cahaya kegembiraan yang kilau kemilau, diiringi oleh beberapa titis airmata tanda kegembiraan yang tidak terhingga hebatnya. 
    
     Tetapi......, riang dan sedih tidak ada yang kekal di atas dunia ini. Dalam keadaan riang gembira yang penuh nikmat itu, seakan akan berada dalam mimpi menunggu kelahiran seorang putera yang sudah lama dicita citakan itu, tiba tiba kegembiraan dan kenikmatan perasaan itu berganti dengan nasa sedih dan pilu, kerana suaminya yang tua yang dicintainya itu pulang ke rahmatullah, menemui Tuhannya sebelum dapat melihat dengan biji matanya, akan anak yang ditunggu tunggu dan diidam idamkannya itu. 

    Tinggallah perempuan tua itu seorang diri, diselubungi oleh perasaan sedih dan pilu ditinggalkan suami yang sangat dicintainya, sekalipun dalam dadanya penuh rasa harap dan gembira, bersemi pula memenuhi kalbunya menanti nanti kelahiran sang bayi dan kandungannya, yang sudah sekian lama diidam idamkannya. 

     Belum pernah kiranya seorang manusia di dunia ini yang diserang rasa sedih dan pilu bersamaan waktunya dengan perasaan gembira dan nikmat, sebagai perempuan tua janda Imran ini. 

    Dengan perasaan sedih bercampur gembira dan harap itu dia merasakan bahawa dia sudah dekat bersalin. Segala sesuatu disiapkannya, lalu kandungannya itupun lahirlah. 
Setelah diketahuinya, bahawa bayi yang dilahirkannya itu adalah perempuan, dia pun mengeluh lagi, kerana bukanlah sebagai yang dicita citakannya selama ini. Seorang perempuan tentu tidak dapat dijadikan abdi Rumah Suci Baitul Maqdis, fikirnya. 

     Dengan perasaan duka dan sedih pula, bayi yang baru lahir itu diberi nama dengan nama yang sudah diwahyukan Tuhannya; iaitu Mariam yang bererti Pengabdi Tberterbangan ke sana ke mari dengan anak anaknya, berkicauan dan bersiul siul, berebut ulat dan buah buahan. Demikian pula perempuan tua mi melihat perempuan perempuan lain sedang menggendong dan membuaikan anak anak bayi mereka, membelai dan menyanyikan anak yang menjadi buahati mereka, dengan kasihsayang dan kegembiraan penuh. Apalagi melihat anak anak orang yang sudah besar besar, datang dan pergi bila dipanggil dan disuruh ibu bapaknya. Sedang perempuan tua ini hidup sebatang kara hanya dengan suami yang sudah tua dan sepi, kerana tidak seorang anak pun yang berada di samping keduanya untuk memecahkan kesepian hidupnya itu. 

     Siang menjadi angan angan, malam menjadi buah mimpi, sehingga sudi dan rela hatinya mengorbankan apa saja yang ada padanya asal saja dia dapat beroleh seorang anak yang terdiri dari darah dan dagingnya sendiri. Anak, sekali lagi anak dan seterusnya anaklah yang menjadi impian dan idamannya sepanjang masa. 

     Siang berganti malam, hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan sudah berpuluh puluh tahun konon lamanya, cita cita ini tetap menjadi cita cita saja, namun dia belum juga beroleh yang dicitakannya itu. Hatinya mulai kesal, rasa putusasa mulai bertunas dalam kalbunya, kerana umur yang dicapainya ini rasanya tidak memungkinkan lagi untuk beroleh anak, fikirnya. 

     Tidaklah bererti bahawa cita citanya itu telah padam. Tidak, malah bertambah hebat dan bernyala nyala juga. Akhirnya dia menghadapkan muka dan seluruh jiwaraganya kepada Allah Yang Maha Kuasa, yang menjadikan langit dan bumi. Berdoalah dia dengan khusyu dan khudhu agar kiranya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pengasih, yang mendengar segala doa yang sanggup membuat apa kehendakNya, mengurniainya jua dengan seorang anak. 

     Untuk menguatkan doanya ini, ia bernazar, berjanji kepada Allah tempat dia meminta itu, bahawa bila doanya mi terkabul, maka anak yang akan diperolehinya itu, akan didermakannya bulat bulat tanpa syarat untuk Rumah Suci Baitul Maqdis, sebagai abdi Allah dan pengawal Rumah Suci itu. Tidak akan dipekerjakan, selain untuk mengabdikan diri dan menyembah Allah semata di tempat. suci itu. 

     Allah mendengar dan mengabulkan doa perempuan tua itu. Perempuan tua itu mulai merasakan sesuatu yang bergerak dalam rahimnya.
    Bukan main girang dan senang hatinya. Dunia yang mulanya gelap gelita dan lapuk dalam pemandangannya, kembali menjadi terang dan muda dalam pandangannya, penuh dengan cahaya terang benderang. Hilang rasanya segala pandangan gelap dan kegelisahan hati selama itu.
Duduklah dia di samping suaminya (Imran) dan menerangkan apa yang terasa dalam kandungannya itu. Dan mata suaminya yang sudah tua itu terpancarlah cahaya kegembiraan yang kilau kemilau, diiringi oleh beberapa titis airmata tanda kegembiraan yang tidak terhingga hebatnya.
    Tetapi......, riang dan sedih tidak ada yang kekal di atas dunia ini. Dalam keadaan riang gembira yang penuh nikmat itu, seakan akan berada dalam mimpi menunggu kelahiran seorang putera yang sudah lama dicita citakan itu, tiba tiba kegembiraan dan kenikmatan perasaan itu berganti dengan nasa sedih dan pilu, kerana suaminya yang tua yang dicintainya itu pulang ke rahmatullah, menemui Tuhannya sebelum dapat melihat dengan biji matanya, akan anak yang ditunggu tunggu dan diidam idamkannya itu. 

     Tinggallah perempuan tua itu seorang diri, diselubungi oleh perasaan sedih dan pilu ditinggalkan suami yang sangat dicintainya, sekalipun dalam dadanya penuh rasa harap dan gembira, bersemi pula memenuhi kalbunya menanti nanti kelahiran sang bayi dan kandungannya, yang sudah sekian lama diidam idamkannya. 

    Belum pernah kiranya seorang manusia di dunia ini yang diserang rasa sedih dan pilu bersamaan waktunya dengan perasaan gembira dan nikmat, sebagai perempuan tua janda Imran ini. 

     Dengan perasaan sedih bercampur gembira dan harap itu dia merasakan bahawa dia sudah dekat bersalin. Segala sesuatu disiapkannya, lalu kandungannya itupun lahirlah.
Setelah diketahuinya, bahawa bayi yang dilahirkannya itu adalah perempuan, dia pun mengeluh lagi, kerana bukanlah sebagai yang dicita citakannya selama ini. Seorang perempuan tentu tidak dapat dijadikan abdi Rumah Suci Baitul Maqdis, fikirnya. 

     Dengan perasaan duka dan sedih pula, bayi yang baru lahir itu diberi nama dengan nama yang sudah diwahyukan Tuhannya; iaitu Mariam yang bererti Pengabdi Tuhan.

Breathing

bernafas kembali setelah sebulan x mencatat. laptop sakit, rommate sakit. masya Allah, hanya Allah yang sempurna bukan?? maka nikmat mana yang kamu mahu dustakan??? bukankah Allah itu yang Maha Satu.

   back to the topic.
   it is not one second
   it is not two seconds
   it is not even three seconds

  every seconds we breath, we should be very grateful. it is very strange if we say we do not own our own creator. then why are we able to breath? because of the oxygen? then where the oxygen comes from? from the.. you know it precisely. think, think and think. whatever the question is, Allah is the answers.

   sedih sebab Islam masih dipandang pelik. selalu dilempar pertanyaan

           " 你们不热吗?你们的衣服很厚!"
             kamu semua x panas ke? pakaian yang kamu pakai sangat tebal!

dengan tenang kami menjawab

            "不热。我们已经习惯。"
             x panas. kami sudah biasa.

timbul niat untuk jawab. ini suruhan Allah. di akhirat dalam neraka nanti lagi panas. tapi apakan daya, iman masih belum cukup kuat.

       dulu ada bagi seorang cikgu baca al-quran terjemahan cina. dia tanya apakah hari akhirat. then, i answer

      " it is the Day of Judgement. on that day, we'll be judged either we are good enough to go to the heaven or to the other place"

      insya Allah jawapan tu mampu menggetarkan hati dia. doakan dia masuk Islam ea. insya Allah.

breathing is the most precious thing for human being to live. but we as muslim and mukmin, Allah is the precious one.

jom topup hati dengan bekalan iman!

2012年4月27日金曜日

Seoul, Republic of South Korea


      Alhamdulillah. Hari itu, Allah panggil ke bumi Korea. Rasa macam ada sesuatu Ya Rabb nak tunjuk sebab saya kan baru kenal K- Pop di Beijing. South Of Korea dikatakan anak angkat kepada United States of America ( nak kesahihan lebih tanya yang lebih arif) which means setiap tindakan Amerika akan dipersetujui oleh Korea Selatan. Well, I don’t know the truth tapi rasanya macam ya.

Kalau Amerika ada White House, Korea Selatan ada Blue House. Duit Korea (won) pun lebih kurang duit us dollar. Contohnya :
          1000 won (ataupun lebih dikenali sebagai 1)= 1 us dollar = RM 3.++ lebih kurang
 Kalau di Beijing, China
           1 yuan= 50 sen Malaysia
   1 yuan tue digunakan untuk naik bas awam di sini.

Kalau tengok orang Korea, semuanya cute cute, handsome-handsome atau dalam putonghuanya hen ke ai. Minggu pertama ada kat situ, KAGUM! Semua lapisan masyarakat ada smartphone- boleh tengok television, boleh tengok movie dan boleh baca buku. Memang tak bercakap langsung lah orang-orang Korea ney sebab khusyuk dengan gajet di tangan. Internet memang terbaik- feichang hao! Laju tanpa sekatan. ( China sekat Facebook dan Youtube) hehe.

   Lepas korek punya korek, rupa-rupanya baru tahu. Smartphone di sana bukan beli, tapi disewa. Maksudnya, smartphone tue kita tak bayar sepenuhnya. Kita hanya bayar bil telefon je. Memang bahagialah! Wo hen gao xing! Sebab tue mereka boleh guna handphone apa mereka nak. Semakin canggih handphone tue semakin mahallah bayaran bil. Hehe.. ( kalau maklumat salah, tolong bagitahu ya??) =_=

   Tetiba…. Terlintas di hati. Kan best kalau smartphone tue buat baca Al-Quran. Dengar tazkirah. Sayang. Sedih. Nak juga suruh diaorang masuk Islam. Orang Korea kalau diikutkan cerita mereka tidak percaya pada kehidupan selepas kematian. Sebab tu di dunia ini, mereka akan buat yang terbaik. Guaibude(patutlah) orang Korea baik-baik dan semuanya aim nak jadi terkenal. Namun apakan daya, diri ini kerdil dan tidak mampu lagi nak menarik mereka ke dalam Islam. Oh ya! Ada satu yang berbeza antara orang Korea dan orang China- orang Korea x hairan dengan kami yang bertudung. Mungkin sedikit hairan tetapi tidak sehairan yang di China.

               Koreakalau ikut definisi saya..hehe.. negara yang makanannya sangat banyak dan sedap. Cuma ketika berada di sana, kami tak boleh makan apa-apa jenis daging. Hanya boleh makan makanan laut dan sayur- sayuran sahaja. Tapi itu pun dah… HEAVEN. Ada seorang kawan siap makan lima mangkuk nasi
 ( kalau makan dua pun dah dikira banyak). Makanan kat sana memang unik dan sedap. Pemandangan kat sana pun cantik.

     Bertandang ke Itaewon Central  Mosque di  Itaewon, Korea membuatkan saya seolah-olah berada di Madinah dan Mekah kembali. Saya tak tahu kenapa tetapi rasa teramat rindu untuk ke sana semula. Mungkin. Mungkin. Mungkin kerana di kawasan itu terdapat banyak kedai kebab yang dimiliki oleh orang-orang tanah Arab. Mungkin. Rindu. Mekah. Madinah. Itaewon. Niu Jie (China).

  p/s: doakan saya dan kamu dapat ke sana ya???




Tudung - Pelik


 Oh, saya x kenalkan diri lagi ya?? Saya belajar kat Beijing. Belajar Mandarin atau dalam bahasa yang lebih tepat, Putonghua…. Bakal Cikgu Mandarin, Insya Allah.. doakan ya???

  Pejam celik pejam celik dah dekat dua semester kat sini. Jauh dari mak ayah, jauh dari sahabat karib, jauh dari masakan mak.. dekat dengan  Allah?? Kena periksa iman di ‘dada’. Doakan saya dekat pada Allah ya?? Amin..

   Tipulah kalau kata tak kena kejutan budaya kat sini. Kalau dulu di Malaysia tidak kenal apa itu erti K-Pop, sekarang dah pandai surf internet cari maklumat. Kalau dulu, pandai jimat duit, sekarang?? Kalau dulu pilih nak beli barang apa, sekarang pakai beli je apa yang berkenan di hati. Bahaya kan?? Sungguh. Tak main-main.

   Cuma. Cuma. Kat sini. Baru kenal dunia Islam yang sebenar walau tidak sepenuhnya. Baru tahu pentingya usrah. Sekolah menengah dulu jadi murobbi tapi diri sendiri pun tak mengerti apa yang disampaikan. Astaghfirullah. Mujurlah bukan Ahli Badan Dakwah dan Kerohanian. BADAR tahu??? Ingat  lagi?? Tengok, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah. Sweetnya Yang Maha Penyayang.
     Beijing. China. Ada apa ya??? Macam tempat lain- bangunan, pokok,manusia, haiwan dan sebagainya (shenmede kalau dalam Putonghua). Kalau pakai hati datang sini, insya Allah ade lainnya. Di Beijing, orang Islam yang bertudung dipandang pelik. Tetapi kadang-kadang dikagumi. Kenyit mata. Buat muka comel. Istighfar cepat-cepat. Yes, we cannot make our hair done but we can make our hijab done. Ingat orang Islam kuno ke?? Sorry sikit ya. Cuma.Cuma.Cumanya. nak bergaya itu boleh. Tapi kenalah ikut batasan yang telah ditetapkan. (pukul kepala sendiri).

       yes, I'm proud to say that Malaysian students here in my university wear hijab. Alhamdulillah.

      Kalau saya dan kawan jalan-jalan. Semua pandang- pandang. Jeling-jeling. Kerut-kerut dahi. Sampai sekarang. Ya sampai sekarang. Saya masih lagi tidak selesa. Mujur-mujur. China pun ada orang Islam. China has the most Muslim population. (English dah hancur. Sorry). Mujur. Mujur. Ada makanan halal di sini. Tak payah tercari-cari nak makan apa kalau malas nak masak. Hehe.. masuk gear satu balik.
                        妈妈,他们很奇怪!
                      “ mama, tamen hen qiguai”.
       Adik sayang, kami faham maksud tue ya. Maksudnya, emak, mereka sangat pelik. Mereka  itu adalah saya dan sahabat-sahabat yang sedang berjuang di bumi Laksamana Cheng Ho ney. Hehe. Masuk sekejap hikayat Melayu Melaka. ( cikgu sejarah jangan marah ya) pelik sebab bertudung.  Pelik sebab tutup semua. Pelik. Pelik. Dan pelik.


Starter

   Waktu berbuka semakin lama semakin lambat. Inilah nasib di rantau orang. Musimnya empat. Kalau masa musim winter atau musim autumn, waktu Subuh lewat, waktu Maghribnya cepat. Tapi kalau dah masuk musim spring dengan summer, jawabnya, puasalah dalam 13, 14 jam gitu. Sebab itu, kita kena bersyukur duduk Malaysia tahu??

   Walauapapun, kita harus bersyukur dengan apa yang diberi. Jauh sudah mengarut.  Hari ini berbuka sendirian sebab kawan lagi dua orang tue tak berpuasa… jangan salahkan mereka kerana saya berpuasa sunat. Apa nak masak ya???

   Mencabar juga puasa lama-lama ni. Mujur Allah pegang hati, Alhamdulillah, dapat juga tempuhi. Waktu tengah hari, perut meragam. Biasalah tidak biasa lagi dengan persekitaran di sini. Hati kena nasihat dan pujuk. Kena latih diri untuk puasa masa summer dengan spring, kena latih diri untuk beribdah kepada Allah. Suka sepotong ayat yang random saya baca, “ Kadang- kadang ibadah sunat harus dimulakan dengan paksaan supaya lama-lama jadi rutin.” Saya tersenyum masa baca ayat ni.

   Okay, okay.. tekan gear reverse. Hari ni terasa nak makan nasi goreng telur. Disebabkan sini bukan Malaysia dan bajet x cukup, bahan-bahannya sangat senang. Nasi, telur, minyak dan perencah nasi goreng. Oh lupa pulak. Perkenalkan asas kepada setiap jenis masakan… GARAM. Dan disebabkan malas nak ke dapur, masak guna rice cooker dalam bilik sudah memadai… jimat elektrik, jimat masa dan jimat nafsu.. hehehe…

p/s: jazakillah kepada kawan dua orang tu sebab tinggalkan saya lauk untuk berbuka..