2012年4月27日金曜日

Seoul, Republic of South Korea


      Alhamdulillah. Hari itu, Allah panggil ke bumi Korea. Rasa macam ada sesuatu Ya Rabb nak tunjuk sebab saya kan baru kenal K- Pop di Beijing. South Of Korea dikatakan anak angkat kepada United States of America ( nak kesahihan lebih tanya yang lebih arif) which means setiap tindakan Amerika akan dipersetujui oleh Korea Selatan. Well, I don’t know the truth tapi rasanya macam ya.

Kalau Amerika ada White House, Korea Selatan ada Blue House. Duit Korea (won) pun lebih kurang duit us dollar. Contohnya :
          1000 won (ataupun lebih dikenali sebagai 1)= 1 us dollar = RM 3.++ lebih kurang
 Kalau di Beijing, China
           1 yuan= 50 sen Malaysia
   1 yuan tue digunakan untuk naik bas awam di sini.

Kalau tengok orang Korea, semuanya cute cute, handsome-handsome atau dalam putonghuanya hen ke ai. Minggu pertama ada kat situ, KAGUM! Semua lapisan masyarakat ada smartphone- boleh tengok television, boleh tengok movie dan boleh baca buku. Memang tak bercakap langsung lah orang-orang Korea ney sebab khusyuk dengan gajet di tangan. Internet memang terbaik- feichang hao! Laju tanpa sekatan. ( China sekat Facebook dan Youtube) hehe.

   Lepas korek punya korek, rupa-rupanya baru tahu. Smartphone di sana bukan beli, tapi disewa. Maksudnya, smartphone tue kita tak bayar sepenuhnya. Kita hanya bayar bil telefon je. Memang bahagialah! Wo hen gao xing! Sebab tue mereka boleh guna handphone apa mereka nak. Semakin canggih handphone tue semakin mahallah bayaran bil. Hehe.. ( kalau maklumat salah, tolong bagitahu ya??) =_=

   Tetiba…. Terlintas di hati. Kan best kalau smartphone tue buat baca Al-Quran. Dengar tazkirah. Sayang. Sedih. Nak juga suruh diaorang masuk Islam. Orang Korea kalau diikutkan cerita mereka tidak percaya pada kehidupan selepas kematian. Sebab tu di dunia ini, mereka akan buat yang terbaik. Guaibude(patutlah) orang Korea baik-baik dan semuanya aim nak jadi terkenal. Namun apakan daya, diri ini kerdil dan tidak mampu lagi nak menarik mereka ke dalam Islam. Oh ya! Ada satu yang berbeza antara orang Korea dan orang China- orang Korea x hairan dengan kami yang bertudung. Mungkin sedikit hairan tetapi tidak sehairan yang di China.

               Koreakalau ikut definisi saya..hehe.. negara yang makanannya sangat banyak dan sedap. Cuma ketika berada di sana, kami tak boleh makan apa-apa jenis daging. Hanya boleh makan makanan laut dan sayur- sayuran sahaja. Tapi itu pun dah… HEAVEN. Ada seorang kawan siap makan lima mangkuk nasi
 ( kalau makan dua pun dah dikira banyak). Makanan kat sana memang unik dan sedap. Pemandangan kat sana pun cantik.

     Bertandang ke Itaewon Central  Mosque di  Itaewon, Korea membuatkan saya seolah-olah berada di Madinah dan Mekah kembali. Saya tak tahu kenapa tetapi rasa teramat rindu untuk ke sana semula. Mungkin. Mungkin. Mungkin kerana di kawasan itu terdapat banyak kedai kebab yang dimiliki oleh orang-orang tanah Arab. Mungkin. Rindu. Mekah. Madinah. Itaewon. Niu Jie (China).

  p/s: doakan saya dan kamu dapat ke sana ya???




Tudung - Pelik


 Oh, saya x kenalkan diri lagi ya?? Saya belajar kat Beijing. Belajar Mandarin atau dalam bahasa yang lebih tepat, Putonghua…. Bakal Cikgu Mandarin, Insya Allah.. doakan ya???

  Pejam celik pejam celik dah dekat dua semester kat sini. Jauh dari mak ayah, jauh dari sahabat karib, jauh dari masakan mak.. dekat dengan  Allah?? Kena periksa iman di ‘dada’. Doakan saya dekat pada Allah ya?? Amin..

   Tipulah kalau kata tak kena kejutan budaya kat sini. Kalau dulu di Malaysia tidak kenal apa itu erti K-Pop, sekarang dah pandai surf internet cari maklumat. Kalau dulu, pandai jimat duit, sekarang?? Kalau dulu pilih nak beli barang apa, sekarang pakai beli je apa yang berkenan di hati. Bahaya kan?? Sungguh. Tak main-main.

   Cuma. Cuma. Kat sini. Baru kenal dunia Islam yang sebenar walau tidak sepenuhnya. Baru tahu pentingya usrah. Sekolah menengah dulu jadi murobbi tapi diri sendiri pun tak mengerti apa yang disampaikan. Astaghfirullah. Mujurlah bukan Ahli Badan Dakwah dan Kerohanian. BADAR tahu??? Ingat  lagi?? Tengok, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah. Sweetnya Yang Maha Penyayang.
     Beijing. China. Ada apa ya??? Macam tempat lain- bangunan, pokok,manusia, haiwan dan sebagainya (shenmede kalau dalam Putonghua). Kalau pakai hati datang sini, insya Allah ade lainnya. Di Beijing, orang Islam yang bertudung dipandang pelik. Tetapi kadang-kadang dikagumi. Kenyit mata. Buat muka comel. Istighfar cepat-cepat. Yes, we cannot make our hair done but we can make our hijab done. Ingat orang Islam kuno ke?? Sorry sikit ya. Cuma.Cuma.Cumanya. nak bergaya itu boleh. Tapi kenalah ikut batasan yang telah ditetapkan. (pukul kepala sendiri).

       yes, I'm proud to say that Malaysian students here in my university wear hijab. Alhamdulillah.

      Kalau saya dan kawan jalan-jalan. Semua pandang- pandang. Jeling-jeling. Kerut-kerut dahi. Sampai sekarang. Ya sampai sekarang. Saya masih lagi tidak selesa. Mujur-mujur. China pun ada orang Islam. China has the most Muslim population. (English dah hancur. Sorry). Mujur. Mujur. Ada makanan halal di sini. Tak payah tercari-cari nak makan apa kalau malas nak masak. Hehe.. masuk gear satu balik.
                        妈妈,他们很奇怪!
                      “ mama, tamen hen qiguai”.
       Adik sayang, kami faham maksud tue ya. Maksudnya, emak, mereka sangat pelik. Mereka  itu adalah saya dan sahabat-sahabat yang sedang berjuang di bumi Laksamana Cheng Ho ney. Hehe. Masuk sekejap hikayat Melayu Melaka. ( cikgu sejarah jangan marah ya) pelik sebab bertudung.  Pelik sebab tutup semua. Pelik. Pelik. Dan pelik.


Starter

   Waktu berbuka semakin lama semakin lambat. Inilah nasib di rantau orang. Musimnya empat. Kalau masa musim winter atau musim autumn, waktu Subuh lewat, waktu Maghribnya cepat. Tapi kalau dah masuk musim spring dengan summer, jawabnya, puasalah dalam 13, 14 jam gitu. Sebab itu, kita kena bersyukur duduk Malaysia tahu??

   Walauapapun, kita harus bersyukur dengan apa yang diberi. Jauh sudah mengarut.  Hari ini berbuka sendirian sebab kawan lagi dua orang tue tak berpuasa… jangan salahkan mereka kerana saya berpuasa sunat. Apa nak masak ya???

   Mencabar juga puasa lama-lama ni. Mujur Allah pegang hati, Alhamdulillah, dapat juga tempuhi. Waktu tengah hari, perut meragam. Biasalah tidak biasa lagi dengan persekitaran di sini. Hati kena nasihat dan pujuk. Kena latih diri untuk puasa masa summer dengan spring, kena latih diri untuk beribdah kepada Allah. Suka sepotong ayat yang random saya baca, “ Kadang- kadang ibadah sunat harus dimulakan dengan paksaan supaya lama-lama jadi rutin.” Saya tersenyum masa baca ayat ni.

   Okay, okay.. tekan gear reverse. Hari ni terasa nak makan nasi goreng telur. Disebabkan sini bukan Malaysia dan bajet x cukup, bahan-bahannya sangat senang. Nasi, telur, minyak dan perencah nasi goreng. Oh lupa pulak. Perkenalkan asas kepada setiap jenis masakan… GARAM. Dan disebabkan malas nak ke dapur, masak guna rice cooker dalam bilik sudah memadai… jimat elektrik, jimat masa dan jimat nafsu.. hehehe…

p/s: jazakillah kepada kawan dua orang tu sebab tinggalkan saya lauk untuk berbuka..