Alhamdulillah.
Hari itu, Allah panggil ke bumi Korea. Rasa macam ada sesuatu Ya Rabb nak
tunjuk sebab saya kan baru kenal K- Pop di Beijing. South Of Korea dikatakan
anak angkat kepada United States of America ( nak kesahihan lebih tanya yang
lebih arif) which means setiap tindakan Amerika akan dipersetujui oleh Korea
Selatan. Well, I don’t know the truth tapi rasanya macam ya.
Kalau Amerika ada White House,
Korea Selatan ada Blue House. Duit Korea (won) pun lebih kurang duit us dollar.
Contohnya :
1000 won (ataupun lebih dikenali
sebagai 1)= 1 us dollar = RM 3.++ lebih kurang
Kalau di Beijing, China
1 yuan= 50 sen Malaysia
1 yuan tue
digunakan untuk naik bas awam di sini.
Kalau tengok orang Korea, semuanya
cute cute, handsome-handsome atau dalam putonghuanya hen ke ai. Minggu pertama
ada kat situ, KAGUM! Semua lapisan masyarakat ada smartphone- boleh tengok
television, boleh tengok movie dan boleh baca buku. Memang tak bercakap
langsung lah orang-orang Korea ney sebab khusyuk dengan gajet di tangan.
Internet memang terbaik- feichang hao! Laju tanpa sekatan. ( China sekat
Facebook dan Youtube) hehe.
Lepas korek punya korek, rupa-rupanya baru tahu. Smartphone di sana
bukan beli, tapi disewa. Maksudnya, smartphone tue kita tak bayar sepenuhnya.
Kita hanya bayar bil telefon je. Memang bahagialah! Wo hen gao xing! Sebab tue
mereka boleh guna handphone apa mereka nak. Semakin canggih handphone tue
semakin mahallah bayaran bil. Hehe.. ( kalau maklumat salah, tolong bagitahu
ya??) =_=
Tetiba…. Terlintas di hati. Kan best kalau smartphone tue buat baca
Al-Quran. Dengar tazkirah. Sayang. Sedih. Nak juga suruh diaorang masuk Islam.
Orang Korea kalau diikutkan cerita mereka tidak percaya pada kehidupan selepas
kematian. Sebab tu di dunia ini, mereka akan buat yang terbaik.
Guaibude(patutlah) orang Korea baik-baik dan semuanya aim nak jadi terkenal.
Namun apakan daya, diri ini kerdil dan tidak mampu lagi nak menarik mereka ke
dalam Islam. Oh ya! Ada satu yang berbeza antara orang Korea dan orang China-
orang Korea x hairan dengan kami yang bertudung. Mungkin sedikit hairan tetapi
tidak sehairan yang di China.
Koreakalau
ikut definisi saya..hehe.. negara yang makanannya sangat banyak dan sedap. Cuma
ketika berada di sana, kami tak boleh makan apa-apa jenis daging. Hanya boleh
makan makanan laut dan sayur- sayuran sahaja. Tapi itu pun dah… HEAVEN. Ada seorang
kawan siap makan lima mangkuk nasi
( kalau makan dua pun dah dikira banyak). Makanan
kat sana memang unik dan sedap. Pemandangan kat sana pun cantik.
Bertandang ke Itaewon
Central Mosque di Itaewon, Korea membuatkan saya seolah-olah
berada di Madinah dan Mekah kembali. Saya tak tahu kenapa tetapi rasa teramat
rindu untuk ke sana semula. Mungkin. Mungkin. Mungkin kerana di kawasan itu
terdapat banyak kedai kebab yang dimiliki oleh orang-orang tanah Arab. Mungkin.
Rindu. Mekah. Madinah. Itaewon. Niu Jie (China).
p/s: doakan saya dan kamu dapat ke sana ya???
0 件のコメント:
コメントを投稿