Waktu berbuka semakin lama semakin lambat. Inilah nasib di rantau orang. Musimnya empat. Kalau masa musim winter atau musim autumn, waktu Subuh lewat, waktu Maghribnya cepat. Tapi kalau dah masuk musim spring dengan summer, jawabnya, puasalah dalam 13, 14 jam gitu. Sebab itu, kita kena bersyukur duduk Malaysia tahu??
Walauapapun, kita harus bersyukur dengan apa yang diberi. Jauh sudah mengarut. Hari ini berbuka sendirian sebab kawan lagi dua orang tue tak berpuasa… jangan salahkan mereka kerana saya berpuasa sunat. Apa nak masak ya???
Mencabar juga puasa lama-lama ni. Mujur Allah pegang hati, Alhamdulillah, dapat juga tempuhi. Waktu tengah hari, perut meragam. Biasalah tidak biasa lagi dengan persekitaran di sini. Hati kena nasihat dan pujuk. Kena latih diri untuk puasa masa summer dengan spring, kena latih diri untuk beribdah kepada Allah. Suka sepotong ayat yang random saya baca, “ Kadang- kadang ibadah sunat harus dimulakan dengan paksaan supaya lama-lama jadi rutin.” Saya tersenyum masa baca ayat ni.
Okay, okay.. tekan gear reverse. Hari ni terasa nak makan nasi goreng telur. Disebabkan sini bukan Malaysia dan bajet x cukup, bahan-bahannya sangat senang. Nasi, telur, minyak dan perencah nasi goreng. Oh lupa pulak. Perkenalkan asas kepada setiap jenis masakan… GARAM. Dan disebabkan malas nak ke dapur, masak guna rice cooker dalam bilik sudah memadai… jimat elektrik, jimat masa dan jimat nafsu.. hehehe…
p/s: jazakillah kepada kawan dua orang tu sebab tinggalkan saya lauk untuk berbuka..
0 件のコメント:
コメントを投稿