Oh, saya x kenalkan
diri lagi ya?? Saya belajar kat Beijing. Belajar Mandarin atau dalam bahasa
yang lebih tepat, Putonghua…. Bakal Cikgu Mandarin, Insya Allah.. doakan ya???
Pejam celik pejam
celik dah dekat dua semester kat sini. Jauh dari mak ayah, jauh dari sahabat karib,
jauh dari masakan mak.. dekat dengan Allah?? Kena periksa iman di ‘dada’. Doakan saya
dekat pada Allah ya?? Amin..
Tipulah kalau kata
tak kena kejutan budaya kat sini. Kalau dulu di Malaysia tidak kenal apa itu
erti K-Pop, sekarang dah pandai surf internet cari maklumat. Kalau dulu, pandai
jimat duit, sekarang?? Kalau dulu pilih nak beli barang apa, sekarang pakai
beli je apa yang berkenan di hati. Bahaya kan?? Sungguh. Tak main-main.
Cuma. Cuma. Kat
sini. Baru kenal dunia Islam yang sebenar walau tidak sepenuhnya. Baru tahu
pentingya usrah. Sekolah menengah dulu jadi murobbi tapi diri sendiri pun tak
mengerti apa yang disampaikan. Astaghfirullah. Mujurlah bukan Ahli Badan Dakwah
dan Kerohanian. BADAR tahu??? Ingat lagi??
Tengok, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah. Sweetnya Yang
Maha Penyayang.
Beijing. China.
Ada apa ya??? Macam tempat lain- bangunan, pokok,manusia, haiwan dan sebagainya
(shenmede kalau dalam Putonghua). Kalau pakai hati datang sini, insya Allah ade
lainnya. Di Beijing, orang Islam yang bertudung dipandang pelik. Tetapi kadang-kadang
dikagumi. Kenyit mata. Buat muka comel. Istighfar cepat-cepat. Yes, we cannot
make our hair done but we can make our hijab done. Ingat orang Islam kuno ke??
Sorry sikit ya. Cuma.Cuma.Cumanya. nak bergaya itu boleh. Tapi kenalah ikut
batasan yang telah ditetapkan. (pukul kepala sendiri).
Kalau saya dan
kawan jalan-jalan. Semua pandang- pandang. Jeling-jeling. Kerut-kerut dahi. Sampai
sekarang. Ya sampai sekarang. Saya masih lagi tidak selesa. Mujur-mujur. China
pun ada orang Islam. China has the most Muslim population. (English dah hancur.
Sorry). Mujur. Mujur. Ada makanan halal di sini. Tak payah tercari-cari nak
makan apa kalau malas nak masak. Hehe.. masuk gear satu balik.
妈妈,他们很奇怪!
“
mama, tamen hen qiguai!”.
Adik sayang, kami faham maksud tue ya. Maksudnya,
emak, mereka sangat pelik. Mereka itu
adalah saya dan sahabat-sahabat yang sedang berjuang di bumi Laksamana Cheng Ho
ney. Hehe. Masuk sekejap hikayat Melayu Melaka. ( cikgu sejarah jangan marah
ya) pelik sebab bertudung. Pelik sebab
tutup semua. Pelik. Pelik. Dan pelik.
0 件のコメント:
コメントを投稿